salam ukhwah

Buat Apa Yang Allah Suruh, Tinggal Apa Yang Allah Larang

Translate

Memaparkan catatan dengan label penyesalan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label penyesalan. Papar semua catatan

Khamis, Mei 29, 2014

Banyaknya dosaku YaALlah..


Banyaknya dosa-dosaku....
Bagaimana dengan dosa-dosa ku yang menggunung ini mampu untuk aku menjejakkan kaki ke syurgaMu...
Bagaimana dengan dosa-dosa ku yang menggunung ini mampu untuk aku melepasi titian Sirat Mu dengan selamat...
Bagaimana dengan dosa-dosa ku yang menggunung ini mampu untuk aku bertemu dengan Engkau di syurga kelak...
Bagaimana dengan dosa-dosa ku yang menggunung ini mampu untuk aku mendapat syafaat Rasulullah...
Bagaimana dengan dosa-dosa ku yang menggunung ini mampu untuk selamatkan diri dari azab Mu Ya Allah...
Bagaimana dengan dosa-dosa ku yang menggunung ini mampu untuk selamatkan ahli keluargaku dari api neraka Mu Ya Rabb...
Bagaimana dengan dosa-dosa ku yang menggunung ini mampu untuk aku terus hidup di muka bumi Engkau tanpa rasa bersalah Ya Allah....

Ya Allah,
Aku malu Ya Allah, malu dengan Engkau,
Betapa lemahnya iman ku ini...
Betapa mudahnya aku melupakan Engkau...

Aku malu Ya Allah,
Malu dengan malaikat di kiri dan kananku...
Aku tahu mereka mencatit segala amalku, tapi aku terus berbuat dosa...
Seolah-oleh mereka itu tidak wujud Ya Allah...

Aku malu Ya Allah,
Malu dengan Rasulullah,
Baginda yang maksum itu pun sentiasa bertaubat pada Mu...
Apatah lagi aku ini Ya Allah...
Adakah baginda akan mengaku aku sebagai ummatnya di akhirat nanti...
Sudikah baginda memberikan syafaat padaku nanti...
Sudikah baginda selamatkan aku dari neraka nanti...

Aku takut.... AMAT TAKUT YA ALLAH.. T_T

Isnin, Januari 07, 2013

kadang kadang ;)




· Kita selalu mengharapkan orang senyum kat kita dulu kan? Pastu tension sendiri. Kenapa kita mesti berada di pihak yang terus mengharap, terus berharap, menunggu & meminta. Bukan ke tangan yang kat atas itu lagi baik berbanding tangan yang di bawah? Berusahalah sesuatu untuk memberi walau sekecik-kecik pemberian sekalipun senyuman. Tapi bukan senyuman gatal dek gigitan nyamuk :D

· Kalau benar kita melakukan demi redha & cinta lahi, lepas senyum kene baling tomato dengan petola pun, kita tak kisah kot. Kot la, insyaAllah ;D
Let’s do it for the sake of Allah J

Kadang-kadang manusia mahukan kebahagian tetapi dia sendiri tidak pernah berusaha untuk membahagiakan orang lain. Sekalipun terhadap binatang dan tumbuh-tumbuhan.

Kadang-kadang manusia mahukan dirinya dihormati tetapi dia sendiri tdak pernah berusaha untuk menghormati orang lain.

Kadang-kadang manusia suka isi hatinya didengari dengan penuh setia oleh si pendengar tetapi pernahkah diluangkan masa kita untuk mendengar isi hati mereka? Jangan pentingkan diri, jangan kedekut telinga. Ya. Mereka tidak pernah meminta untuk didengari tetapi ketahuilah bahawa kita manusia saling memerlukan antara satu sama lain. Bagai siang & malam, bagai suami & isteri, bagai guru & murid, bagai pensil & kertas, bagai nasi & lauk~

Kadang-kadang manusia mahukan pandangannya dihadam dengan baik sekali oleh sahabat sekeliling tetapi pandangan sahabat sekeliling? Pandang sebelah mata je ~

Kadang-kadang manusia mahukan tazkirah, nasihat & dakwahnya diterima pakai oleh mereka yang lain tetapi bila dirinya dinasihati, ditarbiyyah? Haih. Kitakan manusia biasa. Siapa rasa dirinya sempurna lebih sempurna & suci dari orang lain? Jangan pandang rendah pada orang lain. Jangan pernah terlalu selesa dengan jubah yang anda pakai, kopiah yang anda sarung, serban yang anda lilit, stokin stongan yang anda kenakan sampai orang lain anda pandang enteng. Sesekali jangan! Anda sebenarnya sedang diuji bila anda merasa bangga & selesa dengan keadaan itu. Hati-hati~

Kadang-kadang manusia mahukan dirinya difahami orang sekeliling tetapi dia sendiri tidak pernah berusaha untuk memahami orang lain sekalipun isi hati mereka. Beghat nanang~

Kita mahukan sesuatu tetapi kenapa kita sendiri lokek untuk memberikan sesuatu? Guane konsep tu?
Buanglah ego. Tak kemana ianya pergi. Setinggi mana pun ego kita, waktu kita mati nanti, bukan boleh kita balut jasad sendiri dengan kain kafan. Bukan boleh kita mandikan diri sendiri. Bukan boleh kita gali & kambus lubang kubur kita nanti. Siapa yang akan angkat jasad kita ke kubur nanti. Boleh bergerak sendiri? Bukan kita lagi yang berdiri, angkat takbir, berdoa, dan solat seperti selalu. Ego? Tak kemana. Buanglah ego tu..

Kadang-kadang manusia mahukan kegembiraan tetapi dia sendiri tidak pernah berusaha untuk menggembirakan orang lain malah manusia itu menambahkan kesedihan & kedukaan kepada orang lain.

Kadang-kadang manusia mahukan urusannya dipermudah tetapi dia sendiri tidak pernah berusaha untuk membantu mempermudah urusan orang lain. Tenaga tu siapa yang bagi? Kalau Allah tarik? Betapa sombongnya..

Dan sememangnya manusia mahukan doanya & keinginannya dimakbulkan Allah tetapi manusia sendiri berat untuk melakukan apa yang Allah suruh. Allah suruh bukan untuk kepentingan-Nya tetapi sebab Allah sayangkan kita. Sedikit pun Allah & Islam tidak memerlukan kita tetapi kita sendiri yang memerlukan Allah & Islam. Allah tak nak kita terseksa dalam neraka. Allah uji sebab Allah nak kita alihkan perhatian kita yang sememangnya tertumpu kat dunia beralih kepada-Nya. Kalau tak diuji nanti kita lalai & leka. Jangan sedih kalau kita diuji. Bersyukurlah & takutilah kalau diri kita tak diuji. Itu tandanya diri kita tidak lagi dipeduli. Na’uzzubillah..

Ibu ayah marah sebab apa? Sebab nak kita jadi anak yang baik, soleh, solehah. Macam tu jugak Allah. Cuma kasih sayang Allah tak terbatas. Kadang-kadang Dia tarik sesuatu sebab nak kurniakan sesuatu yang kita tidak pernah jangka sikitpun. Surprise yang berhikmah. Cuma kadang-kadang kita gelojoh bila doa kita lambat dimakbulkan. Kita nampak yang zahir je kan? Kenalilah Allah dalam setiap ketika, melalui keinginan yang tidak dapat kau kecapi..

Post kali ini bertajuk kadang-kadang sebab
manusia adakalanya
kadang-kadang imannya di hulu sana
kadang-kadang imannya di hilir sini
Sebab tu kita sesame kita kena & mesti saling ingat mengingatkan :)

Apa yang saya post ni,
tak pernah ada seorang pun yang paksa saya untuk post itu post ini.
Tapi apa yang post ni adalah nasihat & teguran buat diri saya sendiri.
Supaya saya sedar,
saya tulis, saya type, saya post kalau saya tak buat guane tu?
Beghat nanang~
Saya juga manusia biasa.
Nampak saya buat silap, tegur jee. Saya tak kisah, saya tak marah & malah saya berterima kasih kerana masih ada lagi manusia yang sudi ambil peduli. Yang masih mahu berusaha membentuk saya, siapa saya di masa hadapan nanti.

Kalau ada siapa siapa yang kene tegur lepas ni,
jangan teruih taboh ja orang tu.
Pandang dengan mata hati.
Allah hantaq orang tu untuk bawak kita kembali ke jalan yang Allah nak kita lalui sebab kita tersalah kona rupenyee..
Hamdan Lillah

Ahad, Januari 06, 2013

Wahai MUSLIMAH..




Wahai MUSLIMAH..
Sebelum KAKImu MELANGKAH keluar rumah,,

Berhenti seketika dan Pandanglah pada CERMIN serta LIHATlah ke seluruh tubuhmu yang MEMIKAT..
Andainya RAMBUTmu TIDAK DITUTUP cantik BERIKAT..
TUDUNGmu pula terlalu SINGKAT..
BAJUmu JARANG dan KETAT..
SELUARmu begitu SENDAT..
BETIS dan LENGANmu dapat DILIHAT…

FIKIRKAN sejenak..

Bagaimana jika DIRImu Dilanggar NANTI..
Terdampar di tepi jalan yang tidak pernah SUNYI..
DISAKSIKAN mata-mata yang MEMERHATI..
Malaikat Izrail menjalankan tugas yang DIBERI..
Memisahkan ROH daripada JASAD…MATI???

Belum sempat DIRImu BERTAUBAT pada ILAHI,
Pastinya DOSAmu tidak DIAMPUNI..
Merana dan TERSIKSALAH dirimu INI..
Di dalam neraka yang kekal ABADI..
Kerana INGKARmu pada Allah Ya Rabbi..
Mampukah DIRImu menahan DIRI..
Dipukul, disiksa tanpa HENTI..
Kerana SALAHmu SENDIRI???

Sama-sama Muhasabah DIRI..-)

Isnin, Disember 31, 2012

Andai dosa itu berbau.....


Andai saja dosa berbau, maka aku yakin tidak akan ada orang yang mahu mendekatiku… Menutup hidung mereka lalu menjauh. Memandang mencemuh lalu memaki.

Andai dosa itu berbau, maka aku takut jika aku melakukan kesalahan walau hanya sedikit saja…

Andai dosa itu berbau, maka aku akan jaga mata ini dari melihat yang seharusnya tidak aku lihat, menjaganya dari memandang yang tidak halal, menggunakannya hanya untuk melihat keagunganMU ya rabbi…

Andai dosa itu berbau, maka aku akan jaga telinga ini dari mendengar ghibah, mendengar muzik secara berlebihan, tidak sekali-kali menggunakannya untuk menerjemahkan kata-kata manusia yang hujung2nya hanya menjadi penyebab penyakit hati…

Andai saja dosa itu berbau, maka aku akan buat lidahku bukan untuk melukai hati saudaraku, bukan untuk mengeluarkan gumapalan kata sia-sia, bukan untuk memuntahkan kalimat tidak berguna, namun rangkaian kata hikmah, irama kalimat penyejuk hati untuk siapa pun yang mendengar…

Ahh….....
Andai saja dosa itu berbau, maka aku akan jaga tangan ini dari perbuatan hina, akan aku buat kaki ini untuk melangkah ke tempat-tempat dimana aku boleh beribadah padaMU, tidak membuat otak ini berfikir selain memikirkan kebaikan dan perbaikan diri…

Ya Rabbi maafkan hamba…,

Ya Rabb, andai dosa itu berbau, maka aku tidak akan membuat seluruh inderaku bekerja sama untuk lalai terhadap perintahmu, untuk khianat padaMU dengan melakukan maksiat, untuk membelot dari segala yang Engkau telah larang….

Jika dosa itu berbau, maka hamba berharap setiap jam seperti jam-jam waktu sepertiga malam yang Engkau beritahu adalah waktu dimakbulkan doa… Biar hamba dapat memohon ampun selalu….

Jika Dosa itu berbau, maka aku akan meminta agar tiap hari adalah hari jumaat agar segala keberkahan selalu jatuh setiap hari…, dan…

Jika dosa itu berbau, maka aku akan meminta setiap bulan adalah bulan Ramadhan…. Agar ibadah kecil yang mampu hamba lakukan Engkau lihat besar, Engkau lipatgandakan, Engkau buat itu sebagai pembersih dosa-dosa besar yang telah hamba lakukan. Agar hamba bisa merasakan kedekatan yang mendalam di setiap waktunya, agar hamba bisa menyentuh setiap pengawasanmu, karena hamba adalah manusia pelupa bahwa Engkau selalu mengawasi. Agar hamba tidak melupakanMU walau hanya satu helaan nafas…

Ya Allah, maafkan hamba atas semua salah, dosa, khilaf yang hamba telah lakukan… Jika saja setiap aku melakukan dosa maka aroma tidak sedap akan keluar dan setiap orang dapat menciumnya, maka aku pasti akan takut melakukannya. Takut terhadap penghakiman manusia dan terlebih penghukumanMU di akhirat kelak….

Sungguh hamba sudah bosan bertaubat namun lupa lalu harus bertaubat lagi…. Hamba ingin dekat denganMU selalu ya ALLAH….

Andai saja dosa berbau, maka aku yakin tidak akan ada orang yang mau mendekatiku… Menutup hidung mereka lalu menjauh. Memandang mencemuh lalu memaki. DAN ITU ADIL!

Kenapa dosa tidak berbau?

Jumaat, Disember 07, 2012

CARA ALLAH MURKA


Di antara cara Allah murka pada seseorang hamba itu Ialah apabila dia membuat amalan ibadah atau kebajikan, dia memandang besar
dengan ibadah dan kebajikannya itu. Apabila membuat dosa dan kesalahan, dia memandang kecil sahaja bahkan dilupakan. Diamerasakan ibadah dan kebajikannya boleh menghapus atau
menutup dosa-dosanya. Kerana banyak ibadah yang dibuat, dia terasa aman dengan Tuhannya Bahkan rasa senang dan tenang dengan amal ibadah dan kebajikannya. Dengan amal ibadah dan kebajikan yang dibuatnya,. Dia sudah merasakan Tuhan sudah redha dan dia yakin ia akan selamat dengan ibadah dan kebajikan yang dibuat. Apabila Tuhan bertambah murka Dengan amal ibadah dan kebajikan yang dibuatnya ,datang pula UJUB dan RIYAK
Kemudian timbul pula sum’ah dan sombong dengan amal ibadahnya.
Jika dia tidak sedar juga Tuhan tambah lagi kemurkaanNya
dengan cara dia memandang orang yang kurang ibadahnya dengan pandangan hina.Dia pula mulalah mengata dan mengumpat orang lain Kejahatan orang lain dia nampak,kejahatan diri sendiri makin tidak nampak.Dia pun terus mengerjakan ibadah dan kebajikan di atas sifat2 yang disebutkan tadiHinggalah ke akhir hayat umurnya
Dia pun mati di atas sikapnya yang diceritakan tadi.maka dia pun mati di dalam su’ul khatimah MATI DI DALAM KEMURKAAN ALLAHbersama-sama amal ibadahnya...

Selasa, Oktober 16, 2012

hidup tak selalu indah,langit tak selalu cerah



.

Hidup tak selalu indah,langit tak selalu cerah
Kita jangan expect lebih-lebih
orang cakap, BERSYUKUR
ya!
THANKFULL.

Kebaikan
biar kita yang simpan.
orang cakap, kita "Ya" kan aje.
salah atau benar
Tuhan aje yang tau
Biar dia yang MENGHUKUM kita
Baik dari segi hubungan dengan -Nya, hubungan sesama manusia, atau segala kurniaan rezeki Tuhan atas muka bumi ini.Semua itu hak dia. Dia Maha Kuasa.


Sungguh.
I just dont want to be regrets for the 2nd time and the rest of my life. I just crave for Allah's guidance. I hardly strive to get Allah's Jannah. I letting go all things that may lead to sin and 'lagha'. I know I am not perfect, tak sempurna, ilmu agama tak berapa sangat tapi saya usaha dan usaha saya biar Allah shj yang tahu.


Maafkan saya kepada masa lampau.
Dulu saya terlalu murah, sehingga Ibu Ayah menanggung segala dosa saya tapi InsyaAllah lama-kelamaan saya akan berubah. InsyaAllah..


Saya tahu setiap penghijrahan manusia ke perkara yang baik, Allah tak kan simply giving the simplest way to the person. He will give a few circumstances and challenges in the life. Contoh, kita dulu biasa hidup senang. Allah mencabar kita bila kita ada masalah duit, kewangan, hasutan manusia dan mcm-mcm lagi. Saya berguru dgn seorang ustazah, Die berkata anggap itu semua dugaan dan cabaran. Hati kene kental bila kita nk berubah. Tuhan akan uji kita dengan mcm-mcm bentuk. Orang akan tuduh kita dengan macam-macam hal, saya tatau nk eloborate more pasal ini. Setiap insan akan hadapi segalanya. Kita jangan doakan orang lain, dengan perkara yang buruk. Doakan yang baik-baik, sebab sesungguhnya doa itu kita akan dapat juga. Indahkan? Tuhan kan Maha Adil.Saya maafkan segala yang terjadi dengan niat untuk bersihkan hati.Walaupun perit, saya cuba. Mungkin satu dua perangai yang akan menyakitkan hati, tapi saya manusia biasa.. Alpa. Maka, tegurlah saya. Saya tanak pergaduhan, tapi cuma nasihat yang membangun... bantu saya jadi wanita solehah.

Isnin, Oktober 01, 2012

malu semalu malunya








……………………………………………………..Termenung sendiri di luar tingkap. Memandang ciptaan ALLAH yang maha agung. Hebat sungguh ciptaanNya. Segalanya indah belaka. Musim berganti musim. Daun luruh dan tumbuh. Semuanya sesuai dengan aturannya.





Bila memandang diri, terasa malu dan hina. Malu sekali. Selepas mandi di lautan taubat terjun semula ke lumpur maksiat. Allah Allah Allah. Berulang kali berdoa memohon ampun dosa yang sama.





Sampai bila akan begini?




Nikmat tak pernah terhenti meski hati berulang kali mati. Perasaan malu makin tebal setiap hari.




Mencemar hati setiap hari. Membersih dan lalu mengotorinya kembali.


Menyoal pada diri.. :/




Ya Allah, hamba jenis apakah aku ini??????




Ketika nikmat yang Engkau anugerahkan kepadaku. aku lalai padaMu
Namun, tika dugaan yang datang kepadaku. aku meraung menyeru namaMu.


Allahurabbi.


HambaMu ini malu padaMu ya Allah



Malu semalu malunya


"Allah tidak pernah mengecewakan kita, tetapi kita yang selalu mengecewakan Allah"
Ya Allah, Ya Tuhanku... Tanamkanlah segala sifat mahmudah ke dalam diriku dan buangkanlah segala sifat mazmumah dari hatiku...


Imam al-Ghazali.
Peringatan untuk diri yang selalu lalai dengan duniawi.
Ampunkan daku wahai Tuhan yang Maha Mengasihani. :’(


jgn pk ape org cakap!!!!!!
"Jangan resah andai ada yang membencimu, kerana masih ramai yang mencintaimu di dunia. Tetapi resahlah andai Allah membencimu, kerana tiada lagi yang mencintaimu di akhirat."



Ya Allah!
Hidupkanlah daku sekiranya kehidupan itu baik untukku.
Matikanlah daku jika kematian itu baik untukku.

❤●• 1st award (21 feb 2011)·٠•●❤

Taubat Seorang Hamba-irsyadee