salam ukhwah

Buat Apa Yang Allah Suruh, Tinggal Apa Yang Allah Larang

Translate

Khamis, Disember 13, 2012

cara nak buat roti canai pun ada dalam Al quran!!!





Seorang pemuda baru pertama kali datang ke masjid. kebetulan pada malam beliau solat berjemaah di masjid itu ada ceremah selepas Maghrib. Maka dengarlah pemuda tersebut ceramah agama yang disampaikan oleh Ustaz yang agak terkenal di kalangan masyarakat di situ.

Tajuk ceramah ustaz tersebut adalah mengenai kehebatan Al-Quran. Maka dengan penuh kusyuk pemuda itu mendengar setiap patah yang di lafazkan oleh ustaz tersebut. Pemuda tersebut seolah-olah menghafal setiap baris kata yang diturkan pada malam tersebut berdasarkan kesungguhan pemuda itu mendegarnya.

Ustaz tersebut berkata. "Begitu hebat Al-Quran sehinggakan semua perkara berada di dalamnya, tidak terkecuali satu pun. semuanya ada dinyatakan dalam Al-Quran. Kejadian manusia dalam rahim ibu, Al-Quran sudah terangkan satu-persatu, bagaimana darpada setitis air mani berubah kepada darah kemudian menjadi daging, kemudian menjadi tulang dan seterusnya akhirnya menjadi seorang bayi yang cukup sifat atau dipanggil janin. kemudian baru saintis menemukakan penemuan ini. Betapa hebatnya Al-Quran"

Sebelum ustaz tersebut mengakhiri ceramah beliau. Maka beliau mencabar sesesiapa sahaja untuk bertanya apa sahaja pasal kehidupan seharian kita yang tiada dalam Al-Quran. maka mulalah para jemaah bertanya, tetapi satu persatu dijawap mudah oleh ustaz tersebut. Maka, pemuda ini cuba untuk mengenakan ustaz tersebut.

Dengan senyum sinis pemuda itu memulakan soalannya.

"Ustaz dalam Quran ada tak cara nak buat roti canai?" tanya pemuda itu dengan perasaan bangga. soalan simple, tetapi padat.

hadirin yang lainnya menggelakkan pemuda tersebut kerana bertanyakan soalan yang semacam itu. tapi sebenarnya soalan yang bernas. jika ustaz tadi cakap semuanya ada dalam Al-Quran maka sepatutnya ada jawapannya.

Ustaz itu agak terkejut dengan solan pemuda tersebut. berkerut seribu dahi ustaz tu memikirkan jawapannya. dibelek-beleknya Al-Quran di hadapannya dengan seribu harapan. moga-moga bertemu jawapan kepada soalan pemuda itu tadi.

peluh jantan mula mengalir di bahagian belakang badannya. pemuda tadi masih lagi menunggu jawapan ustaz tadi. Ustaz tadi meminta hadirin sekalian supaya bertenang kerana soalan pemuada tadi menyebabkan keadaan sunyi hadirin bertuka menjadi riuh-rendah.

Akhirnya ustaz tersebut mengalah. setelah beberapa minit membelek Al-Quran jawapan kepada pemuda tersebut tidak di temui.

Akhirnya ustaz berkata "Nampaknya sekarang sudah masuk waktu Isyak, minta maaf ye saudara saya masih lagi tidak jumpa jawapannya. jika saudara izinkan saya akan memberitahu jawapannya besok".

Tersenyum puas pemuda tersebut apabila mendengar ustaz tersebut berkata demikian. matlamat dia tercapai.

Cuma tunggu besok sahaja ntuk mendengar jawapan ustaz tersebut.

Besoknya ustaz tersebut menghubungi 'guru'nya.. nampaknya harapan dia musnah. satu persatu helaian Al-Quran ustaz tersebut selak. mencari jawapannya… semuanya hampa. semuanya tidak berhasil. bagaimana dia hendak berdepan dengan pemuda itu pada malam ini.

Dengan perasaan tunduk dan tawadduk beliau melangkah lemah ke masjid pada hari itu. perasaannya berbelah bagi. dengan kuasa Allah SWT apabila sampainya di masjid ketika melihat kubah masjid beliau tersenyum.

Tadinya kelihatan muka ustaz tersebut kusut, dan serabut. tetapi sekarang mukanya berseri-seri. nampak gayanya ustaz itu dah ade jawapannya.

setelah selesai solat maghrib berjemaah. ustaz tersebut memulakan ceramah beliau pada hai itu. beliau mancari² di manakah pemuda semalam yang bertanyakan cara membuat roti canai semalam. ada, bersungguh benar rupanya pemuda tersebut.

Maka, sebelum memulakan ceramah beliau beliau berkata.

"Bagi menunaikan janji saya semalam, saya ingin bertanya dimanakah gerangan orang muda yang bertanyakan soalan semalam?"

Pemuda itu mengangkat tangan. walaupun kelihatan jauh di belakang, tetapi semua hadirin memandangnya. memudahkan lagi ustaz mengenal pasti pemuda tersebut, walaupun dia telah mencari-cari pemuda tersebut pada awalnya.

"Baiklah saudara, soalan saudara semalam bertanya bagaimana nak buat roti canai?. Jawapannya, ya ada dalam Al-Quran"

Hadirin pada masa itu berpandangan sesama sendiri. keadaan menjadi semakin riuh. pemuda tadi terus merasa hairan. mana mungkin Al-Quran mengajar cara membuat roti canai. padahal Nabi Muhammad SAW pun tak makan roti canai dahulu.

dengan tidak puas hati pemuda itu bertanya lagi.

"Kalau ada mana buktinya, ya Uztaz?"

Ustaz itu membaca sepotong ayat dari Al-Quran, yang bermaksud…

Dan Kami tidak mengutus sebelum kamu, kecuali orang-orang lelaki yang Kami beri wahyu kepada mereka, maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui.
Surah An-Nahl Ayat 43

Surah a-Nahl ayat 43. begitu lah bagaimana dalam Al-Quran mengajar kita membuat roti canai.

wallahua'lam.
Catat Ulasan

❤●• 1st award (21 feb 2011)·٠•●❤

Taubat Seorang Hamba-irsyadee