salam ukhwah

Buat Apa Yang Allah Suruh, Tinggal Apa Yang Allah Larang

Translate

Isnin, Januari 07, 2013

kadang kadang ;)




· Kita selalu mengharapkan orang senyum kat kita dulu kan? Pastu tension sendiri. Kenapa kita mesti berada di pihak yang terus mengharap, terus berharap, menunggu & meminta. Bukan ke tangan yang kat atas itu lagi baik berbanding tangan yang di bawah? Berusahalah sesuatu untuk memberi walau sekecik-kecik pemberian sekalipun senyuman. Tapi bukan senyuman gatal dek gigitan nyamuk :D

· Kalau benar kita melakukan demi redha & cinta lahi, lepas senyum kene baling tomato dengan petola pun, kita tak kisah kot. Kot la, insyaAllah ;D
Let’s do it for the sake of Allah J

Kadang-kadang manusia mahukan kebahagian tetapi dia sendiri tidak pernah berusaha untuk membahagiakan orang lain. Sekalipun terhadap binatang dan tumbuh-tumbuhan.

Kadang-kadang manusia mahukan dirinya dihormati tetapi dia sendiri tdak pernah berusaha untuk menghormati orang lain.

Kadang-kadang manusia suka isi hatinya didengari dengan penuh setia oleh si pendengar tetapi pernahkah diluangkan masa kita untuk mendengar isi hati mereka? Jangan pentingkan diri, jangan kedekut telinga. Ya. Mereka tidak pernah meminta untuk didengari tetapi ketahuilah bahawa kita manusia saling memerlukan antara satu sama lain. Bagai siang & malam, bagai suami & isteri, bagai guru & murid, bagai pensil & kertas, bagai nasi & lauk~

Kadang-kadang manusia mahukan pandangannya dihadam dengan baik sekali oleh sahabat sekeliling tetapi pandangan sahabat sekeliling? Pandang sebelah mata je ~

Kadang-kadang manusia mahukan tazkirah, nasihat & dakwahnya diterima pakai oleh mereka yang lain tetapi bila dirinya dinasihati, ditarbiyyah? Haih. Kitakan manusia biasa. Siapa rasa dirinya sempurna lebih sempurna & suci dari orang lain? Jangan pandang rendah pada orang lain. Jangan pernah terlalu selesa dengan jubah yang anda pakai, kopiah yang anda sarung, serban yang anda lilit, stokin stongan yang anda kenakan sampai orang lain anda pandang enteng. Sesekali jangan! Anda sebenarnya sedang diuji bila anda merasa bangga & selesa dengan keadaan itu. Hati-hati~

Kadang-kadang manusia mahukan dirinya difahami orang sekeliling tetapi dia sendiri tidak pernah berusaha untuk memahami orang lain sekalipun isi hati mereka. Beghat nanang~

Kita mahukan sesuatu tetapi kenapa kita sendiri lokek untuk memberikan sesuatu? Guane konsep tu?
Buanglah ego. Tak kemana ianya pergi. Setinggi mana pun ego kita, waktu kita mati nanti, bukan boleh kita balut jasad sendiri dengan kain kafan. Bukan boleh kita mandikan diri sendiri. Bukan boleh kita gali & kambus lubang kubur kita nanti. Siapa yang akan angkat jasad kita ke kubur nanti. Boleh bergerak sendiri? Bukan kita lagi yang berdiri, angkat takbir, berdoa, dan solat seperti selalu. Ego? Tak kemana. Buanglah ego tu..

Kadang-kadang manusia mahukan kegembiraan tetapi dia sendiri tidak pernah berusaha untuk menggembirakan orang lain malah manusia itu menambahkan kesedihan & kedukaan kepada orang lain.

Kadang-kadang manusia mahukan urusannya dipermudah tetapi dia sendiri tidak pernah berusaha untuk membantu mempermudah urusan orang lain. Tenaga tu siapa yang bagi? Kalau Allah tarik? Betapa sombongnya..

Dan sememangnya manusia mahukan doanya & keinginannya dimakbulkan Allah tetapi manusia sendiri berat untuk melakukan apa yang Allah suruh. Allah suruh bukan untuk kepentingan-Nya tetapi sebab Allah sayangkan kita. Sedikit pun Allah & Islam tidak memerlukan kita tetapi kita sendiri yang memerlukan Allah & Islam. Allah tak nak kita terseksa dalam neraka. Allah uji sebab Allah nak kita alihkan perhatian kita yang sememangnya tertumpu kat dunia beralih kepada-Nya. Kalau tak diuji nanti kita lalai & leka. Jangan sedih kalau kita diuji. Bersyukurlah & takutilah kalau diri kita tak diuji. Itu tandanya diri kita tidak lagi dipeduli. Na’uzzubillah..

Ibu ayah marah sebab apa? Sebab nak kita jadi anak yang baik, soleh, solehah. Macam tu jugak Allah. Cuma kasih sayang Allah tak terbatas. Kadang-kadang Dia tarik sesuatu sebab nak kurniakan sesuatu yang kita tidak pernah jangka sikitpun. Surprise yang berhikmah. Cuma kadang-kadang kita gelojoh bila doa kita lambat dimakbulkan. Kita nampak yang zahir je kan? Kenalilah Allah dalam setiap ketika, melalui keinginan yang tidak dapat kau kecapi..

Post kali ini bertajuk kadang-kadang sebab
manusia adakalanya
kadang-kadang imannya di hulu sana
kadang-kadang imannya di hilir sini
Sebab tu kita sesame kita kena & mesti saling ingat mengingatkan :)

Apa yang saya post ni,
tak pernah ada seorang pun yang paksa saya untuk post itu post ini.
Tapi apa yang post ni adalah nasihat & teguran buat diri saya sendiri.
Supaya saya sedar,
saya tulis, saya type, saya post kalau saya tak buat guane tu?
Beghat nanang~
Saya juga manusia biasa.
Nampak saya buat silap, tegur jee. Saya tak kisah, saya tak marah & malah saya berterima kasih kerana masih ada lagi manusia yang sudi ambil peduli. Yang masih mahu berusaha membentuk saya, siapa saya di masa hadapan nanti.

Kalau ada siapa siapa yang kene tegur lepas ni,
jangan teruih taboh ja orang tu.
Pandang dengan mata hati.
Allah hantaq orang tu untuk bawak kita kembali ke jalan yang Allah nak kita lalui sebab kita tersalah kona rupenyee..
Hamdan Lillah
Catat Ulasan

❤●• 1st award (21 feb 2011)·٠•●❤

Taubat Seorang Hamba-irsyadee