salam ukhwah

Buat Apa Yang Allah Suruh, Tinggal Apa Yang Allah Larang

Translate

Memaparkan catatan dengan label BUKU PILIHAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BUKU PILIHAN. Papar semua catatan

Ahad, November 11, 2012

4 KEHORMATAN ALLAH ANUGERAHKAN KEPADA UMAT NABI MUHAMMAD


TERIMA KASIH UTK SESEORANG YG TELAH MENGHADIAHKAN BUKU INI PADAKU

sekadar perkongsian daripada isi yg terkandung pada buku ini;

1- Nabi Adam A.S. berkata, aku telah melakukan dosa tetapi taubatku telah hanya diterima oleh Allah SWT semasa aku memohon keampunan dariNya di Mekah sahaja, sedangkan Umat Muhammad SAW boleh memohon keampunan dan bertaubat dimana-mana jua.
2-Nabi Adam A.S berkata. ketika aku berbuat dosa, aku dalam keadaan berpakaian, Allah SWT menelanjangkan aku, sedangkan umat Muhammad SAW melakukan dosa dalam keadaan telanjang tetapi Allah tetap memberi mereka pakaian.
3-Nabi Adam A.S. berkata, Allah memisahkan aku dan isteriku kerana aku melakukan dosa sedangkan umat Muhammad SAW yang melakukan dosa Allah tidak pisahkan mereka kerana dosa mereka.
4-Nabi Adam A.S berkata. aku telah melakukan dosa di syurga, maka Allah menghalauku dari syurga,walaupun aku telah bertaubat tetapi umat Muhammad SAW melakukan dosa diluar syurga dan bertaubat diluar syurga tetapi Allah akan memasukkan mereka ke dalam syurga apabila mereka bertaubat.



Melalui pembacaan ,buku ini membuatkan kita lebih mengenali Rasulullah s.a.w dan lebih memahami salasilah kehidupan Rasulullah s.a.w dari ketika Baginda s.a.w dilahirkan ke dunia sehingga la sirah setiap peperangan yang Baginda s.a.w sertai selama menjadi pemimpin umat Islam sebagai Rasul Allah.

Sebelum ni saya selalu baca dan dengar bagaimana sayangnya Nabi Muhammad s.a.w pada umatnya..Serius cakaplah melalui buku ini aku lebih memahami dan dapat membayangkan saat Rasulullah s.a.w hendak dicabut nyawanya oleh Malaikat Izrail,dan saat itu jugak Rasulullah s.a.w menjemput Kekasihnya Malaikat Jibril yang ditinggalkan oleh Malaikat Izrail di langit dunia kerana tidak sanggup melihat Rasulullah s.a.w dicabut nyawanya.Saat itu jugak,dipenghujung nyawa Baginda s.a.w tidak gembira walaupun seluruh pintu-pintu syurga dibuka dan para bidadari sedang berhias menanti roh Baginda s.a.w,begitu jugak bilamana Malaikat Jibril mengatakan seluruh para malaikat sedang berbaris di langit dunia menantikan roh Baginda s.a.w di angkat,sehinggalah Rasulullah s.a.w mendengar melalui Malaikat Jibril bahawa Allah s.w.t memberi jaminan bahawa tidak akan masuk syurga umat-umat lain melainkan umat Baginda s.a.w dahulu memasukinya.Barulah Baginda s.a.w gembira dan tenang pergi bertemu Allah s.w.t.

Lihatlah betapa sayangnya Rasulullah s.a.w pada umatnya..

❤●• 1st award (21 feb 2011)·٠•●❤

Taubat Seorang Hamba-irsyadee