salam ukhwah

Buat Apa Yang Allah Suruh, Tinggal Apa Yang Allah Larang

Translate

Memaparkan catatan dengan label keluarga bahagia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label keluarga bahagia. Papar semua catatan

Ahad, Januari 20, 2013

Wahai Suami.... isterimu tidaklah sehebat Siti Khatijah




Perkahwinan itu menyingkap tabir rahsia
Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Siti Khatijah
Tidaklah setaqwa Aisyah, tidaklah setabah Fatimah
Justeru........... isterimu hanyalah wanita akhir zaman
yang punya cita-cita untuk menjadi isteri solehah
perkahwinan itu mengajar suami isteri kewajipan bersama

isteri menjadi tanah dan kamulah langit penaungnya
isteri ladang tanaman dan kamulah pemagarnya
isteri kiasan ternakan dan kamu gembalanya
isteri adalah murid dan kamulah gurunya

saat isteri menjadi madu,kamu teguklah sepuasnya
ketika isteri menjadi racun, kamulah penawar bisanya
seandainya isteri tulang yang bengkok, kamulah yang meluruskannya

perkahwinan menginsafkan kita, betapa perlunya iman dan taqwa
untuk belajar meniti sabar dan redha kerana Allah S.W.T

kerana kamu tidak memiliki isteri yang terhebat seperti dalam mimpimu
justeru kamu akan tersentak dari alpha kerana kamu bukanlah Rasullulah s.a.w
dan juga bukan Saidina Ali r.a
kamu cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi suami yang soleh...


Khamis, Disember 06, 2012

jikalau sayang


Isteri... sayangkan suami. Sebelum keluar rumah, pastikan aurat terjaga. Setakat mana? Bagi yang tidak tahu, tanyalah mereka yang tahu.
Suami... sayang isteri. Sebelum keluar rumah, pastikan sang isteri memelihara auratnya sebaiknya. Hmm... Yalah. Setakat mana? Wahai suami, carilah ilmu yang bisa memberi manfaat kepada dirimu dan keluargamu.

Isteri... sayangkan suami. Patuhlah kepadanya selagimana apa yang diminta dilanggar syariat.Hmm. Boleh tengok Youtube. Taip ceramah Ustaz Azhar Idrus ;)
Suami... sayangkan isteri. DIDIKlah dia menjadi isteri yang taat. Boleh jadi dia sudah terbiasa dengan sikap 'bossy' atau kekakakannya (Hmm... betulkah istilah ini). Atau... boleh jadi dia sudah terbiasa dengan sikap pentingkan dirinya sendiri. Setiap manusia, ada sisi kelemahannya dan kitalah yang berperanan mendidiknya.

Isteri... sayangkan suami. Ingatkan dia tentang tanggungjawabnya kepada ibu bapanya. Tanggungjawab yang macam mana? Luas. Apa yang PENTING, kita sudah lakukan yang terbaik untuk mereka. Jangan lupa doakan mereka kerana doa itulah sebaik-baik hadiah buat sang ibu bapa (bagi Muthiahlah). Jika punya kemampuan, bantulah mereka dari sisi lain pula. Jika tidak... buatlah yang terdaya. ALLAH tahu. Biar apa orang hendak cakap.
Suami... sayangkan isteri. DIDIKlah dia agar bisa menyayangi kedua ibu bapa kita sebagaimana dia menyayangi kedua ibu bapanya sendiri. Iyalah. Boleh jadi sukar baginya. Lebih-lebih lagi apabila sang isteri bukanlah menantu pilihan. Dipandang serong pula oleh si ipar-duai. Jadi, kitalah yang harus mengingatkannya. Jika kita memilih untuk membiarkan sahaja... Hmmm... Katakan padanya. "ALLAH ada, sayang. ALLAH tahu tulus hatimu. Serahkan segalanya kepada DIA yang Maha Teliti Penghitungannya."

Isteri... sayangkan suami. Ingatkan dia tentang tanggungjawabnya sebagai seorang pekerja. Iyalah. Sumber rezeki itulah yang akan masuk ke dalam perut kita.
Suami... sayangkan isteri. Ingatkan dia bahawa dia adalah ISTERI yang wajib menjaga maruah di tempat kerja. Tidak boleh sewenang-wenangnya berhubungan dengan ajnabi. Elakkan berdua-duaan denga mereka yang tidak sepatutnya. Kalau terpaksa???? Fikirlah sewajarnya. Letakkan iman di dalam dada.

❤●• 1st award (21 feb 2011)·٠•●❤

Taubat Seorang Hamba-irsyadee