salam ukhwah

Buat Apa Yang Allah Suruh, Tinggal Apa Yang Allah Larang

Translate

Khamis, Mei 29, 2014

Banyaknya dosaku YaALlah..


Banyaknya dosa-dosaku....
Bagaimana dengan dosa-dosa ku yang menggunung ini mampu untuk aku menjejakkan kaki ke syurgaMu...
Bagaimana dengan dosa-dosa ku yang menggunung ini mampu untuk aku melepasi titian Sirat Mu dengan selamat...
Bagaimana dengan dosa-dosa ku yang menggunung ini mampu untuk aku bertemu dengan Engkau di syurga kelak...
Bagaimana dengan dosa-dosa ku yang menggunung ini mampu untuk aku mendapat syafaat Rasulullah...
Bagaimana dengan dosa-dosa ku yang menggunung ini mampu untuk selamatkan diri dari azab Mu Ya Allah...
Bagaimana dengan dosa-dosa ku yang menggunung ini mampu untuk selamatkan ahli keluargaku dari api neraka Mu Ya Rabb...
Bagaimana dengan dosa-dosa ku yang menggunung ini mampu untuk aku terus hidup di muka bumi Engkau tanpa rasa bersalah Ya Allah....

Ya Allah,
Aku malu Ya Allah, malu dengan Engkau,
Betapa lemahnya iman ku ini...
Betapa mudahnya aku melupakan Engkau...

Aku malu Ya Allah,
Malu dengan malaikat di kiri dan kananku...
Aku tahu mereka mencatit segala amalku, tapi aku terus berbuat dosa...
Seolah-oleh mereka itu tidak wujud Ya Allah...

Aku malu Ya Allah,
Malu dengan Rasulullah,
Baginda yang maksum itu pun sentiasa bertaubat pada Mu...
Apatah lagi aku ini Ya Allah...
Adakah baginda akan mengaku aku sebagai ummatnya di akhirat nanti...
Sudikah baginda memberikan syafaat padaku nanti...
Sudikah baginda selamatkan aku dari neraka nanti...

Aku takut.... AMAT TAKUT YA ALLAH.. T_T

Khamis, Ogos 15, 2013

Kanak-kanak 9 tahun derita buah pinggang kronik

Ubat yang perlu ditelan Nur Izlin. Gambar : perut kanak-kanak ini ditebuk dan dimasukkan tiub serta perlu kerap dicuci bagi mengelak jangkitan kuman.

2 Julai Adik Izlin menjalani operation untuk masukkan tencoff bagi CAPD krn buah pinggang dah tak berfungsi..





Sesiapa berhasrat membantu meringankan beban keluarga ini boleh menyalurkan bantuan ke akaun Maybank Roslena Rasseli : 153010381198 atau menghubungi di talian 013-9558125.sudilah sekiranya anda membantu dan memberi sedikit sumbangan kepada keluarga ini..

petikan dari Sinar Harian 14 Ogos 2013 :
KOTA BHARU - Seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun terpaksa menjamah nasi ‘berulamkan’ ubat apabila dia disahkan menghidap penyakit buah pinggang kronik, sejak Mei lalu.

Penderitaan dialami Nur Izlin Nafisya Izwan atau mesra dengan panggilan ‘baby’ itu bertambah parah apabila dia terpaksa menelan hampir 40 biji ubat dalam tempoh sehari.

Satu daripada ubat berbentuk kapsul itu perlu dihancurkan sebelum digaul bersama nasi atau apa-apa jua makanan yang dimakan oleh Nur Izlin.

Ibu kanak-kanak itu, Roslena Rasseli, 34, memberitahu anak kedua dari tiga beradik itu dikesan menghidap penyakit berkenaan ketika musim cuti sekolah penggal pertama lalu.

“Ketika itu, dia berada di rumah neneknya di Pasir Mas sebelum neneknya itu menyedari perubahan fizikal pada Nur Izlin yang berubah pucat pada mulut, tangan dan kaki.

“Saya segera membawanya ke Hospital Raja Perempuan Zainab II dan pihak hospital memberitahu buah pinggang kiri Nur Izlin mengecut serta mengecil menyebabkan dia terpaksa ditahan di Unit Rawatan Rapi selama seminggu.

“Selain buah pinggang kiri yang gagal berfungsi itu, Nur Izlin juga sakit pada buah pinggang yang sebelah lagi apabila buah pinggang itu hanya berfungsi sebanyak 10 peratus. Akibat kegagalan fungsi buah pinggangnya itu, juga menyebabkan dia menghidap darah tinggi,” katanya.

Menurut Roslena, Nur Izlin seperti kanak-kanak lain yang membesar dengan aktif dan lasak. Dia tidak pernah menunjukkan tanda-tanda menghidap sebarang penyakit sebelum ini.

“Kini, rutin saya berubah 100 peratus. Sekarang kami sekeluarga perlu berulang-alik ke Hospital Kuala Lumpur demi merawat Nur Izlin. Setiap kali pergi dan balik, duit habis beratus ringgit belum lagi termasuk kos ubatan yang mencecah RM2,600 sebulan,” katanya.

Roslena hanya bekerja sebagai kerani di sebuah pusat boling dengan pendapatan RM800 sebulan sementara suaminya pula, Izwan Ibrahim, 34, adalah seorang pemandu di kedai alatan ganti kereta yang berpendapatan sekitar RM1,000.

Selain kesempitan wang, keluarga itu juga memerlukan penderma dengan segera bagi meringankan seksaan yang ditanggung Nur Izlin.

“Setakat ini, hanya saya yang bersedia untuk mendermakan sebelah buah pinggang ini kepadanya. Tetapi belum pasti sama ada organ saya itu sesuai atau tidak untuk digunakan Nur Azlin. Saya perlu menjalani ujian terlebih dahulu pada bulan depan,” katanya.

Keluarga berkenaan tidak pernah menerima apa-apa bantuan bulanan dan terpaksa bergolok gadai apa-apa sahaja barang berharga yang ada untuk menampung kos perubatan Nur Izlin.

“Saya bukan orang berada. Macam suami juga, kami tinggal di rumah sewa di Berek 12 dengan bayaran RM2,80. Sebelum ini pun, saya dan suami dua bulan cuti tanpa gaji kerana merawat Nur Izlin di Kuala Lumpur. Nur Izlin juga sudah dua bulan tidak ke sekolah.

Ahad, Februari 24, 2013

Pelik Tapi Kenyataannya Begitu...





Pelik ya, duit RM50 kelihatan begitu besar bila di bawa ke kotak derma masjid, tapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket.

Pelik ya, 30 minit terasa terlalu lama utk berzikir tp betapa pendeknya waktu utk satu cerita komedi.

Pelik ya, betapa lamanya 1 jam berada di masjid,tp betapa cepatnya 2 jam berlalu saat menonton wayang di panggung.

Pelik ya, tak sampai 30 minit dengar khutbah Jumaat,dah rasa jemu tp tak pernah puas dengar lagu kesukaan kita walaupun dah ulang dua tiga kaset berkali-kali.

Pelik ya, dengar iklan jualan murah dlm tv, rasa tak sabar-sabar nak pergi beli-belah,tp dengar laungan azan tak sabar-sabar nak tukar channel lain.

Pelik ya, pasar mlm jauh sanggup naik kereta pergi,tp masjid dekat rmh rasa berat kaki pulak.

Pelik ya, susah sungguh merangkai kata utk dipanjatkan saat berdoa atau solat, tp betapa mudahnya cari bhn bersembang dgn kawan-kawan.

Pelik ya, betapa seruan dan teriakan yg berpanjangan waktu pertandingan bola sepak jd kegemaran kita,tp betapa bosannya bila imam solat Terawih bln Ramadan bacaannya lama dan panjang.

Pelik ya, rasa susah sungguh utk habiskan al-Quran walau satu halaman,tp majalah hiburandan novel best-seller 100 halaman pun habis dilahap.

Pelik ya, ramai org berebut paling depan utk menonton bola atau konsert,tetapi berebut cari saf paling belakang bila solat Jumaat supaya boleh cepat keluar.

Pelik ya, susahnya org mengajak menyebarkan dakwah,tapi mudahnya org menyertai dan menyebar gossip.

Pelik ya, kita begitu percaya pada yg dikatakan di email yg layang di internet, tapi sering mempertikaikan apa yang dikatakan al-Quran.

Pelik ya, kita boleh mengirimkan ribuan jenaka dan surat berantai di email, tapi bila mengirim yg berkaitan dgn ibadah berfikir dua tiga kali.

Pelik tak kita..?


Tepuk dada tanyalah hati dan iman.
Renungkanlah. Sesungguhnya dunia ini hanyalah barang permainan bagi mereka yang tidak memikirkan akhirat, tetapi ia adalah jambatan kepada kehidupan yang lebih baik di akhirat jika kita memanfaatkan setiap saat dengan kebajikan . insyaAllah.

❤●• 1st award (21 feb 2011)·٠•●❤

Taubat Seorang Hamba-irsyadee