salam ukhwah

Buat Apa Yang Allah Suruh, Tinggal Apa Yang Allah Larang

Translate

Khamis, Disember 06, 2012

jikalau sayang


Isteri... sayangkan suami. Sebelum keluar rumah, pastikan aurat terjaga. Setakat mana? Bagi yang tidak tahu, tanyalah mereka yang tahu.
Suami... sayang isteri. Sebelum keluar rumah, pastikan sang isteri memelihara auratnya sebaiknya. Hmm... Yalah. Setakat mana? Wahai suami, carilah ilmu yang bisa memberi manfaat kepada dirimu dan keluargamu.

Isteri... sayangkan suami. Patuhlah kepadanya selagimana apa yang diminta dilanggar syariat.Hmm. Boleh tengok Youtube. Taip ceramah Ustaz Azhar Idrus ;)
Suami... sayangkan isteri. DIDIKlah dia menjadi isteri yang taat. Boleh jadi dia sudah terbiasa dengan sikap 'bossy' atau kekakakannya (Hmm... betulkah istilah ini). Atau... boleh jadi dia sudah terbiasa dengan sikap pentingkan dirinya sendiri. Setiap manusia, ada sisi kelemahannya dan kitalah yang berperanan mendidiknya.

Isteri... sayangkan suami. Ingatkan dia tentang tanggungjawabnya kepada ibu bapanya. Tanggungjawab yang macam mana? Luas. Apa yang PENTING, kita sudah lakukan yang terbaik untuk mereka. Jangan lupa doakan mereka kerana doa itulah sebaik-baik hadiah buat sang ibu bapa (bagi Muthiahlah). Jika punya kemampuan, bantulah mereka dari sisi lain pula. Jika tidak... buatlah yang terdaya. ALLAH tahu. Biar apa orang hendak cakap.
Suami... sayangkan isteri. DIDIKlah dia agar bisa menyayangi kedua ibu bapa kita sebagaimana dia menyayangi kedua ibu bapanya sendiri. Iyalah. Boleh jadi sukar baginya. Lebih-lebih lagi apabila sang isteri bukanlah menantu pilihan. Dipandang serong pula oleh si ipar-duai. Jadi, kitalah yang harus mengingatkannya. Jika kita memilih untuk membiarkan sahaja... Hmmm... Katakan padanya. "ALLAH ada, sayang. ALLAH tahu tulus hatimu. Serahkan segalanya kepada DIA yang Maha Teliti Penghitungannya."

Isteri... sayangkan suami. Ingatkan dia tentang tanggungjawabnya sebagai seorang pekerja. Iyalah. Sumber rezeki itulah yang akan masuk ke dalam perut kita.
Suami... sayangkan isteri. Ingatkan dia bahawa dia adalah ISTERI yang wajib menjaga maruah di tempat kerja. Tidak boleh sewenang-wenangnya berhubungan dengan ajnabi. Elakkan berdua-duaan denga mereka yang tidak sepatutnya. Kalau terpaksa???? Fikirlah sewajarnya. Letakkan iman di dalam dada.

Catat Ulasan

❤●• 1st award (21 feb 2011)·٠•●❤

Taubat Seorang Hamba-irsyadee