salam ukhwah

Buat Apa Yang Allah Suruh, Tinggal Apa Yang Allah Larang

Translate

Sabtu, Jun 16, 2012

BUAT YANG PEDULI

Buat yg peduli….kita selalu mengaku, kita sayang sahabat kita.tapi pernahkah kita selami hatinya? bila berkesempatan, ambil masa untuk duduk disisinya, sentuh tangannya dan lihatlah matanya. masihkah matanya bersinar seperti dulu, atau yang ada cuma cebisan - cebisan luka yang dia simpan…. lihatlah ke bibirnya, senyumannya masihkah setulus dulu, atau dia cuma berpura-pura menutup luka dihatinya…. dengarlah butir bicaranya, masihkah dia petah seperti dulu, atau cuma sepatah dua yang lahir dibibirnya.. biarlah sejauh mana terpisah, jangan pernah lupa padanya. dia mungkin tidak menghubungi kamu. tapi tidak bermakna dia melupakan kamu. dia mungkin tidak bercerita, tapi tidak bermakna tiada apa yang mahu dia kongsi. tanyalah khabarnya. jenguklah dia. bila kamu sudah bahagia, jangan pernah lupakan sahabat kamu. jangan putuskan silaturahim, hanya kerana jarak yang tercipta. in sha Allah *senyum*

Tiada ulasan:

❤●• 1st award (21 feb 2011)·٠•●❤

Taubat Seorang Hamba-irsyadee